Jiwang
Sunday, 4 November 2012 ϟ 05:11 ϟ 0 Comment[s]
Diwaktu-waktu bersendirian, membawa ingatanku ketika alam persekolahan. Jika diberi peluang, ingin sahaja aku undurkan waktu itu. Alam persekolahan memang menyeronokkan, pahit manis semuanya menjadi kenangan. Sebut alam persekolahan, teringat pula seorang gadis yang selalu aku kacau (nama dia tak boleh bagitahu, rahsia). Tapi tindakkan aku itu tidaklah mengganggu dia, bolehlah dikatakan hanya sebagai gurauan. Dengan watakku yang nakal, lawak dan bersahaja ketika itu menyebabkan kami menjadi rapat dan aku tahu dia menyenangiku. Namun itu dulu, masa telah berlalu.